Berapa lama masa yang diambil untuk mengeluarkan dana saya?


Sila maklum bahawa Jabatan Kewangan syarikat biasanya memproses permintaan pengeluaran pelanggan secara yang dahulu akan didahulukan.

Sebaik sahaja Jabatan Kewangan kami meluluskan permintaan pengeluaran anda, dana tersebut akan dihantar daripada pihak kami, tetapi kemudian pemprosesan selanjutnya terserah sepenuhnya kepada sistem pembayaran.

  • Pengeluaran menerusi sistem pembayaran elektronik (seperti Skrill, Perfect Money, dsb.) seharusnya dikreditkan hampir serta-merta, namun ada masa-masanya ia boleh mengambil masa hingga 30 minit.

  • Seandainya anda mengeluarkan dana ke kad anda, sila maklum bahawa secara purata dana tersebut akan mengambil masa 3-4 hari berkerja untuk dikreditkan.

  • Manakala untuk pindahan bank, pengeluaran diproses antara 7 hingga 10 hari berkerja.

Sila maklum bahawa pemprosesan semua pembayaran bukan automatik tertakluk pada waktu berkerja Jabatan Kewangan.

Jabatan Kewangan FBS beroperasi 24/7.

Kami ingin mengingatkan anda bahawa anda boleh memantau status permintaan kewangan anda di Sejarah Transaksi.


Adakah artikel ini membantu?