Stop Out ialah penutupan posisi secara paksa oleh broker apabila Aras Margin pada akaun anda jatuh di bawah ambang kritikal.
Di FBS, aras Stop Out adalah 20%
Apabila posisi anda yang sedang rugi mengurangkan Margin Bebas, Aras Margin menyusut.
Jika ia mencapai tahap Stop Out, broker secara automatik akan mula menutup posisi anda, bermula dengan yang paling besar kerugiannya, untuk melindungi baki akaun daripada menjadi negatif.
Sebagai contoh:
Aras Stop Out = 20%
Aras Margin anda jatuh menjadi 19% → Broker akan menutup satu atau lebih posisi secara paksa.
Penting untuk diketahui
• Stop Out terpicu secara automatik — anda tidak boleh membatalkannya.
• Selepas Stop Out, beberapa atau semua posisi akan ditutup pada harga pasaran semasa.
Tujuan Stop Out adalah untuk mengelakkan baki akaun menjadi negatif terlalu jauh.
Untuk mengelakkan Stop Out
Pantau Aras Margin anda dan elakkan daripada membiarkannya jatuh ke nilai kritikal. Gunakan saiz posisi yang munasabah dan pesanan renti rugi (stop loss).