Maklumat penting! Sila maklum bahawa berdasarkan terma Perjanjian Pelanggan: pelanggan boleh mengeluarkan dana daripada akaun mereka hanya menerusi sistem pembayaran yang telah digunakan untuk deposit.
Sekiranya Pelanggan telah mendepositkan dana menggunakan beberapa kaedah pembayaran, pengeluaran harus dibuat mengikut sistem LIFO (last in first out). Ini bermakna jika pelanggan mendepositkan dana ke akaun mereka menggunakan Kaedah Pembayaran 1, dan selepas itu menggunakan Kaedah Pembayaran 2 untuk deposit, untuk membuat pengeluaran, keseluruhan amaun deposit yang dibuat melalui Kaedah Pembayaran 2 perlu dikeluarkan terlebih dahulu (semua sekali gus atau beransur-ansur) melalui Kaedah Pembayaran 2, dan hanya selepas itu, baharulah pengeluaran boleh dibuat menerusi Kaedah Pembayaran 1.
Anda boleh keluarkan dana dari akaun anda menerusi Laman Trader anda atau aplikasi FBS.
PC
Klik pada "Kewangan" dalam menu di sebelah kanan dan pilih "Pengeluaran":
Pilih sistem pembayaran yang sesuai dan klik padanya;
Nyatakan akaun trading yang anda ingin keluarkan dananya;
Taipkan maklumat mengenai e-wallet atau akaun sistem pembayaran anda;
Untuk pengeluaran melalui kad, klik pada tanda “+” untuk memuat naik foto bahagian belakang dan depan kad anda.Taipkan amaun wang yang anda mahu keluarkan;
Klik pada butang “Sahkan pengeluaran”.
Peranti mudah alih
Buka tab "Kewangan" dan pilih "Pengeluaran" seperti yang ditunjukkan:
Pilih sistem pembayaran yang sesuai dan klik padanya;
Taipkan maklumat mengenai e-wallet atau akaun sistem pembayaran anda;
Untuk pengeluaran melalui kad, klik pada tanda “+” untuk memuat naik foto bahagian belakang dan depan kad anda.Taipkan amaun wang yang anda mahu keluarkan;
Klik pada butang “Sahkan pengeluaran”.
Sila maklum bahawa komisen pengeluaran bergantung pada sistem pembayaran yang anda pilih.
Tempoh pemprosesan pengeluaran juga bergantung pada sistem pembayaran.
Anda boleh pantau status permohonan kewangan anda dalam Sejarah Transaksi.
Sila maklum bahawa menurut Perjanjian Pelanggan:
5.2.8. Jika suatu akaun didanakan menerusi kaedah kad debit atau kad kredit, salinan kad diperlukan untuk memproses pengeluaran. Salinan tersebut mesti mengandungi 6 digit pertama dan 4 digit terakhir nombor kad, nama pemegang kad, dan tarikh luput.
Anda perlu menutup kod CVV anda di bahagian belakang kad, kami tidak memerlukannya.