Apakah itu one-click trading?


Perdagangan satu klik (one-click trading) adalah alat yang berguna, yang tersedia kepada semua pedagang dan ia membolehkan anda membuka pesanan dengan serta-merta. One-click trading ini diadakan untuk meringkaskan proses perdagangan.

Bila berdagang, kelajuan pelaksanaan pesanan amat kritikal sekali jadi para peadagang yang berpengalaman gemar menggunakan one-click trading sewaktu pasaran sedang meruap-ruap.

Selain dari kelebihan yang telah disebutkan, one-click trading juga mempunyai kelebihan yang lain.

  • Anda boleh gunakan fungsi ini dengan pelbagai jenis pesanan, yang boleh dilaras agar sesuai dengan strategi perdagangan anda, dengan mudah;

  • Ia membolehkan anda membuka pesanan secara terus dari carta;

  • Jika anda tetapkan parameter Renti Rugi dan Ambilan Untung, anda hanya perlukan satu klik sahaja untuk aktifkan parameter ini secara automatik.

Bagaimana saya boleh aktifkan one-click trading di platform MetaTrader?

  1. Dari menu utama di bahagian atas, klik “Tools”;

  2. Di tetingkap yang muncul, pilih “Options”:

  3. Letak tanda semak pada kotak di opsyen One-Click Trading di bahagian bawah tetingkap:

  4. Satu tetingkap dengan dialog amaran penafian akan terbuka dan meminta anda mengesahkan keizinan anda untuk menggunakan fitur ini. Baca Terma dan Syarat, dan jika anda pasti anda mahu meneruskannya, letak tanda semak pada kotak I Accept these Terms and Conditions” dan klik “OK.”

Sekarang anda boleh buka panel one-click trading. Anda boleh lakukannya menerusi tiga cara:

  • Klik pada segitiga di sudut atas-kiri carta;

  • Klik butang kanan tetikus pada mana-mana bahagian di tetingkap carta dan pilih One-click Trading dari menu pop-up;

  • Pilih carta yang dimahukan dan tekan kombinasi kekunci “Alt+T”.

Anda boleh lihat butang SELL dan BUY di panel one-click trading dan harga Bid dan Ask semasa. Ada medan berwarna putih di antara butang di mana anda boleh tetapkan volum pesanan.

Dalam mode One Click Trading, anda boleh buka pesanan dengan cara-cara berikut: 

Klik pada SELL atau BUY. Selepas itu, pesanan yang dibuka akan dilampirkan ke carta secara automatik.

Anda boleh tutup pesanan semudah itu juga:

Klik pada ikon “x” di tab "Trade" di tetingkap terminal. Klik kanan pada pada aras harga di carta juga akan membuka tetingkap kecil untuk menutup pesanan tersebut.


Adakah artikel ini membantu?