Apakah perbezaan antara Limit Order dan Stop Order?


Apakah itu Limit Order dan Stop Order?

Sekiranya anda membuat Limit Order atau Stop-Order, anda tidak membuatnya pada harga semasa pasaran – sebaliknya, anda mahu pesanan tersebut dilaksanakan sebaik sahaja harga instrumen perdagangan anda mencapai harga yang anda tentukan.

Ada dua perbezaan utama di antara Limit Order dan Stop Order:

  • Limit Order hanya akan dilaksanakan pada harga limit yang telah anda ditentukan atau lebih tinggi. Sebaliknya, apabila Stop Order terpicu pada satu harga yang telah anda tetapkan, ia akan dilaksanakan pada harga yang paling sesuai di pasaran, yang bermakna bahawa ia boleh berbeza dengan amat ketara dari harga stop;

  • Pasaran boleh melihat pesanan Limit; namun, Stop Order tidak dapat dilihat sehingga ia terpicu. Ini berlaku kerana pelanggan menetapkan harga pelaksanaan tertentu untuk pesanan Limit, sementara bagi pesanan Stop, harganya tidak diketahui sehingga pesanan terpicu.


Limit Order

Limit Order adalah pesanan untuk membeli atau menjual instrumen perdagangan pada harga yang sudah ditentukan terlebih dahulu. Limit Order jual boleh dilaksanakan pada harga limit atau lebih tinggi; Limit Order beli dilaksanakan pada harga yang telah ditetapkan.

Sila maklum:

  • Pedagang biasanya membuat Limit Order untuk mendapatkan tawaran yang lebih baik dan/atau untuk mengawal harga beli/jual;

  • Anda hanya boleh membeli atau menjual instrumen perdagangan pada harga yang anda telah tetapkan atau lebih tinggi;

  • MetaTrader menolak margin untuk limit order dari baki anda dan menyimpannya, sehingga pesanan itu dilaksanakan, dibatalkan atau luput;

  • Pelaksanaan Limit Order adalah tidak Limit Order hanya boleh dilaksanakan jika harga pasaran instrumen mencapai harga limit. Walaupun Limit Order tidak dijamin akan dilaksanakan, ia membantu memastikan anda tidak membayar lebih daripada harga yang telah ditetapkan;

  • Pedagang boleh menetapkan limit order tanpa had masa atau dengan tarikh luput.

Sebagai contoh, pasangan matawang EURUSD didagangkan pada harga 1.1000, dan anda mempunyai Limit Order masuk (entry Limit Order) untuk membeli di 1.1009. Platform perdagangan tidak akan melaksanakan pesanan anda melainkan anda menyentuh harga 1.0009.


Stop Order

Stop Order adalah pesanan untuk membeli atau menjual instrumen perdagangan ketika harganya bergerak melewati suatu titik tertentu, memastikan kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mencapai harga masuk atau harga keluar yang telah ditentukan. Sebaik sahaja harga melintasi titik masuk/keluar yang telah ditetapkan, Stop Order menjadi pesanan pasaran (Market Order).

Pesanan Buy Stop atau Sell Stop memicu Market Order bila  harga tawaran dicapai. Kedua-dua jenis Stop Orders ini dilaksanakan pada harga yang terbaik boleh didapatkan yang ditentukan oleh pedagang, bergantung pada tahap kecairan yang tersedia.

Sila maklum:

  • Stop Order membolehkan anda mengurangkan kerugian atau meminimumkan pengurangan keuntungan anda;

  • Anda tidak boleh mengawal harga beli/jual. Sebaik sahaja harga yang anda masukkan dicapai, stop order anda berubah menjadi market order, dan anda akan mendapat harga pasaran yang terbaik;

  • Dana untuk pesanan Stop Buy tidak dipotong dari baki yang ada sehingga pesanan anda selesai dilaksanakan. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mengadakan dana yang mencukupi di dalam akaun anda untuk memastikan pesanan sell stop anda berjaya dilaksanakan sekiranya harganya dicapai.

Sebagai contoh, pasangan matawang EURUSD didagangkan pada harga 1.1000, dan anda mempunyai pesanan masuk stop order untuk membeli di 1.1009. Sekiranya tidak ada gelinciran (slippage) di pasar, platform perdagangan akan melaksanakan pesanan anda apabila harga mencecah 1.1009.

Slippage boleh terjadi semasa kemeruapan meningkat, serta ketika ada pesanan besar dilaksanakan, tetapi tidak ada volum yang mencukupi pada harga yang dipilih untuk mengekalkan kadar spread antara harga beli dan jual semasa. Slippage merujuk kepada semua situasi di mana peserta pasaran menerima  harga pelaksanaan perdagangan yang berbeza dari yang dijangkakan.

Stop Orders dan Limit Orders adalah cara yang terbaik untuk mengambil bahagian di pasaran Forex dan Saham dan berfungsi sebagai pilihan utama untuk membuka pesanan bagi para pedagang yang berpengalaman. Mustahil untuk mengatakan kaedah pelaksanaan pesanan yang mana lebih baik kerana Stop Orders dan Limit Orders mempunyai kegunaan yang berbeza dan sesuai untuk strategi yang berbeza.


Adakah artikel ini membantu?