Leveraj ialah alat yang membolehkan anda membuka posisi yang lebih besar daripada amaun modal anda yang ada dalam akaun. Secara ringkasnya, broker memberi anda dana yang dipinjamkan agar anda boleh membuka posisi yang lebih besar.
Harap maklum bahawa dana ini tidak ditambahkan ke dalam akaun anda.
Leveraj 1:100 bermakna bagi setiap $1 wang anda sendiri, anda boleh mengawal posisi bernilai $100.
Dengan leveraj 1:500 — untuk setiap $1 anda boleh mengawal $500.
Contoh
Anda ada $1,000 dalam akaun anda. Dengan leveraj 1:100, anda boleh membuka posisi sehingga $100,000.
Keuntungan dan kerugian dikira berdasarkan saiz posisi penuh ($100,000), bukan hanya berdasarkan $1,000 anda.
Di mana ia digunakan
Leveraj digunakan apabila anda trading:
• pasangan matawang (Forex)
• CFD indeks, saham, komoditi, matawang kripto dan instrumen lain \
Risiko yang penting difahami
Leveraj menggandakan kedua-dua potensi untung dan potensi rugi.
Malah pergerakan harga yang kecil pada posisi anda boleh mengakibatkan kerugian yang besar atau penutupan posisi secara paksa (Panggilan Margin/ Stop Out).
Gunakan leveraj secara berhemah, kawal saiz posisi anda, dan sentiasa pertimbangkan tahap risiko yang anda sedia untuk tanggung.