Bagaimana komisen IB dikira?


Anda menerima komisen sebanyak 30% daripada spread pesanan pelanggan.

Ia dikira dengan cara berikut: 

Spread * Pengganda tahap komisen = Komisen per urusniaga, di mana

Spread adalah perbezaan antara harga Beli dan harga Jual instrumen urusniaga pada saat pembukaan dan penutupan pesanan;

Pengganda tahap komisen adalah malar pada kadar 30%; 

Komisen per urusniaga adalah amaun komisen yang anda terima.

Contohnya, jika seorang pelanggan telah trade 5 lot GBPUSD, dengan spread sebanyak 13.6, maka pengiraannya adalah seperti berikut: 

Komisen = 5 * 13.6 * 30% = $20.4

Anda boleh gunakan formula ini untuk mengira anggaran amaun komisen untuk suatu instrumen berdasarkan spread purata. 

Semasa berita tentang ekonomi-ekonomi utama tersiar, spread boleh meningkat secara drastik melebihi purata, dan ini boleh membawa kepada percubaan penipuan berkaitan dengan komisen partner. Untuk mengelakkan penipuan dalam kes sedemikian, kadar pengurangan dikenakan. 

Justeru, jika spread telah meningkat lebih tinggi daripada purata, komisen akan dikira berdasarkan formula berikut:

Komisen = Spread Pengganda tahap komisen Kadar Pengurangan, di mana

  • Spread ialah nilai spread semasa yang ditukar kepada USD.

  • Pengganda tahap komisen adalah pembolehubah (variable) peribadi anda berdasarkan gred IB anda.

  • Kadar Pengurangan ialah pengubahsuai (modifier) yang diterapkan ke atas spread. 

Kadar ini dikira dengan cara berikut:

Kadar Pengurangan = Purata spread / Spread Semasa

Penting! Untuk kira-kira di atas, spread haruslah ditukar ke dalam sebutan USD terlebih dahulu. 


Adakah artikel ini membantu?