Saya mahu melampirkan akaun saya kepada Rakan Kongsi


Pelanggan boleh menyambungkan (attach) akaun mereka dengan Partner pada bila-bila masa di tetapan akaun perdagangan. Pilihan ini tersedia dalam kedua-dua versi Laman Trader: web dan aplikasi. 

Untuk memastikan penyambungan berjaya, syarat-syarat berikut harus dipenuhi:

  • pelanggan belum pernah mempunyai pesanan perdagangan di akaun yang ingin mereka sambungkan;

  • Introducing Broker (IB) yang berkenaan telah mendaftarkan akaun Partner miliknya sebelum pelanggan mendaftarkan akaun perdagangannya.

Untuk melaksanakannya, anda perlu ikuti langkah-langkah mudah berikut:

  1. Buka Laman Trader;

  2. Di Dashboard, klik pada akaun perdagangan yang ingin anda sambungkan dan klik pada “Tetapan Akaun”.

  3. Cari medan “Penyambungan Partner” dalam tetapan dan klik pada “Sambungkan”

  4. Dalam tetingkap pop-up, anda perlu memasukkan nombor ID Partner dan tekan butang "Sambungkan" sekali lagi.

Jika semua syarat dipenuhi, akaun akan dihubungkan kepada Partner dengan segera.

Penting! Harap maklum bahawa seandainya akaun disambung dengan Partner, perkhidmatan Cashback akan dibatalkan secara automatik untuk akaun yang dipautkan. Selain dari itu, kami ingin mengingatkan anda bahawa setiap akaun perdagangan sebenar boleh disambungkan ke Partner yang berbeza. Anda boleh menyemak siapakah IB yang tersambung dengan suatu akaun perdagangan di tab “Penyambungan Partner” yang tersedia di halaman “Tetapan Akaun”.


Adakah artikel ini membantu?