Swap adalah kos faedah semalaman bagi posisi yang dikekalkan semalaman. Swap boleh jadi
positif atau negatif.
Penambahan/penolakan swap ke atas pesanan yang aktif dilakukan antara 23:59:00 dan 00:10:00 waktu platform dagangan. Jadi swap akan ditambah/ditolak pada semua pesanan yang aktif sepanjang tempoh dari 23:59:00 hingga 00:00:00, waktu platform dagangan.
Kontrak dengan tarikh luput. Dalam kes memperdagangkan kontrak yang mempunyai tempoh perdagangan terhad (tarikh luput), semua pesanan yang dilaksanakan pada satu kontrak akan ditutup pada harga terakhir.
Anda boleh semak kadar swap long dan short di laman web FBS. Terminal dagangan mengira dan melaporkan semua swap yang dikenakan pada posisi-posisi aktif anda secara automatik.
Harap maklum bahawa untuk peralihan hujung minggu, pasaran Forex menempah tiga hari faedah (Interest) pada hari Rabu (mata wang Forex, Logam, Eksotik Forex, Saham) atau pada hari Jumaat (Tenaga, Indeks).