Anda boleh ubah nombor telefon anda secara terus di Laman Trader anda:
PC
Klik pada "Tetapan profil" dalam menu di sebelah kanan;
Klik pada nombor telefon anda;
Sahkan nombor telefon lama anda dengna mengklik butang "Hantar kod SMS";
Masukkan kod yang anda terima di nombor telefon lama dan klik “Sahkan”;
Masukkan nombor telefon baharu dan klik butang "Hantar kod SMS" sekali lagi;
Masukkan kod dan klik “Sahkan”.
Peranti mudah alih
Buka tab "Lagi" dalam menu bawah dan klik "Profil & Keselamatan";
Klik pada nombor telefon anda;
Sahkan nombor telefon lama anda dengan mengklik butang "Hantar kod SMS";
Masukkan kod yang anda terima ke nombor lama dan klik "Sahkan";
Masukkan nombor telefon baharu dan klik butang "Hantar kod SMS" sekali lagi;
Masukkan kod dan klik “Sahkan”.
Bagaimana sekiranya saya tidak mempunyai akses kepada nombor lama saya?
Sekiranya nombor telefon anda belum lagi disahkan, anda boleh menukarnya di Laman Trader.
Jika ia sudah disahkan, anda perlu menghantar permohonan ke alamat emel kami iaitu support@fbs.com atau melalui live chat dengan memberikan maklumat di bawah, berdasarkan situasi anda:
Anda belum mendepositkan dana ke dalam akaun anda dan identiti anda belum disahkan. Dalam kes ini, kami mohon anda lakukan perkara berikut:
- Sahkan identiti anda;
- Hantarkan gambar yang memaparkan anda sedang memegang passport/kad ID yang telah anda gunakan untuk pengesahan.Anda belum mendepositkan wang ke dalam akaun anda, tetapi identiti anda telah disahkan:
- Hantarkan gambar yang memaparkan anda sedang memegang pasport/kad ID yang telah anda gunakan untuk pengesahan.Anda telah mendepositkan dana ke dalam akaun anda, tetapi identiti anda belum disahkan:
- Sahkan identiti anda;
- Hantarkan gambar yang memaparkan anda sedang memegang pasport/kad ID yang telah anda gunakan untuk pengesahan;
- Berikan kami tangkapan skrin/bukti pembayaran rasmi bahawa deposit berkenaan telah ditolak daripada akaun anda.Anda telah mendepositkan dana ke dalam akaun anda, dan identiti anda telah disahkan:
- Hantarkan gambar yang memaparkan anda sedang memegang pasport/kad ID yang telah anda gunakan untuk pengesahan.
Seperti ini:
